Sunday, October 2, 2011




1 Oktober : Program Ahlan Misr’11 bermula seawal pukul 5.30 pagi dengan aktiviti pendaftaran dan pengagihan fail berisi borang-borang kepada pelajar-pelajar baru.Seramai 30 pelajar ikhwah dan 69 pelajar akhawat telah mendaftar secara rasmi di Academic Centre.Seterusnya pelajar mula sarapan pagi pada pukul 6.00 pagi.

Pengenalan Ad-Hoc dijalankan pada pukul 7.30 pagi bertujuan untuk memperkenalkan AJK-AJK penting Ahlan Misr’11. Selepas itu, unit Protokol dan Pengisian yang diketuai oleh saudara Izzuddin Azaharuddin dan saudari Nurul Izzati Mohd Arif mengendalikan aktiviti Ice Breaking bermula pada pukul 8.00 pagi.

Pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00pagi,slot diisi dengan permainan ‘Siapa Saya’ dan ‘Spider Web’.Dalam permainan Spider Web,pelajar dapat mengambil pengajaran bahawa pentingnya untuk mengukuhkan lagi ukhuwah sesama mereka.

Seterusnya,program pada hari ini diteruskan lagi dengan pengenalan MedicMesir Tanta yang disampaikan oleh penasihat program, saudara Ahmad Samhan Awang. Abang Mat sempat menerangkan tentang organisasi MedicMesir Tanta, akviti-aktiviti yang dijalankan oleh MM Tanta serta menayangkan video-video program anjuran MM Tanta sebelum ini.

Pada pukul 12.00 tengah hari, wakil dari Perubatan Cawangan Tanta (PCT) yang dijemput khas, Timbalan Pengerusi 1,saudara Muhd. Naufal Bin Muhd Nasir dan Pengerusi Jaksi, saudara Muhd. Asyraf Bin Othman memberikan sedikit taklimat pengenalan kepada PCT dan JAKSI Tanta.Di akhir slot pengenalan PCT dan JAKSI,pengarah program,saudara Azizul Hakim Bin Mahdi menyerahkan cenderahati tanda penghargaan kepada jemputan dengan diiringi oleh saudara Ahmad Samhan Awang.

Seterusnya, pelajar menjamah makanan tengah hari,menunaikan solat Zuhur dan bersiap untuk aktiviti Tanta Tour yang bermula pada pukul 2.00 petang. Pelajar-pelajar mengikut nombor rumah masing-masing diiringi oleh musyrif dan musyrifah melawat ke tempat-tempat di sekitar Tanta.

Kami amat bertuah pada hari ini kerana kami turut menerima kunjungan rakan-rakan daripada Iskandariah.Pada pukul 6.15 petang, unit pendaftaran dan publisiti menerima pelajar baru Iskandariah seramai 16 orang ikhwah dan 39 orang akhawat yang diiringi oleh Pak Ngah dan senior Iskandariah seramai 13 org.Ketibaan mereka disambut mesra dan setelah selesai mereka menunaikan solat maghrib,mereka mula makan malam.

Secara beransur-ansur,pelajar baru Tanta mula memenuhi AC dan turut serta makan malam bersama pelajar baru dari Iskandariah.Kemudian,setelah selasai makan malam,semua pelajar solat berjemaah di AC.Acara kemuncak pada malam itu adalah Sharing Experience yang dikendalikan oleh saudara Ahmad Samhan Awang.Akhir sekali,program bersurai pada pukul 10.00 malam.Semua pelajar dilepaskan untuk tidur dan berehat secukupnya.

Alhamdulilah,selesai sudah hari pertama program Ahlan Misr’11 MedicMesir Tanta. Semua AJK Ahlan Misr’’ pastinya merasa letih dan penat,namun demi untuk adik-adik, kami berusaha dengan segala kudrat yang ada untuk memberikan yang terbaik dalam Ahlan Misr’11.Ucapan syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana memudahkan perjalanan program pada hari ini.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.Semoga niat baik kita ini sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan daripada-Nya.AMIN.

1 comments:

  1. Tahniah semua! Anak2 Ummi semua hebat....program seramai ini boleh dilakukan dgn jayanya tanpa Ummi....Alhamdulillah....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.