Saturday, January 7, 2012

assalamualaikum semua,,
Anda tersentuh dengan tulisan2 hebat Fatimah Syarha? atau mungkin Hilal Asyraf? Ingin mencuba peluang menjadi sehebat mereka? mungkin ini peluang untuk anda! Kali ini Media MM Tanta membuka peluang kepada anda semua untuk menghantar sebarang karya (kartun,cerpen,wallpaper) bercirikan islamik untuk disiarkan di blog MM Tanta. Objektif utama program ini adalah untuk meluaskan penguasaan ilmu masyarakat islam, menambah ilmu pengetahuan, memberi peluang untuk menggunakan media elektronik sebagai perantaraan bagi menyebarkan dakwah dan membuka peluang sesiapa sahaja untuk menunjolakan bakat terpendam kurnian Allah swt.
Jadi, jangan tunggu lagi. Rebutlah peluang keemasan ini untuk sama-sama berlumba mencari redhaNya. Sebarang karya boleh dihantar sebelum akhir bulan dan email ke media.medicmesir@gmail.com. Karya yang diterima akan ditapis dan disiarkan di blog MM.
Moga dengan karya2 kalian dapat kita sama-sama menyebarkan dakwah untuk kita membantu meningkatkan martabat umat islam, Insya Allah.
sebarang pertanyaan,sila hubungi;
Nurul Athirah Zulkefli 0114341626

dari meja Ketua Editor
Media MM Tanta

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.