Pada 4 Oktober 2012 berlangsunglah hari pertama ahlan misr untuk semua pelajar tahun 1 Medic Mesir.Program pada hari tersebut bermula pada pukul 4.30 pagi dengan solat subuh dan diteruskan dengan sesi pendaftaran.Setelah selesai sarapan pagi,atucara pertama dimulakan dengan pengenalan ad hoc.Semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam program ini memperkenalkan diri masing-masing kepada setiap pelajar baru.
Sesi pendaftaran |
Pengenalan AJK lelaki |
Pengenalan AJK perempuan |
Selepas itu, program diteruskan dengan pengenalan serba sedikit mengenai Medic Mesir Tanta oleh saudara Azizul Hakim Mahdi dan diteruskan dengan pengenalan Kelab Ikram Mesir.
Pengenalan Medic Mesir Tanta |
Setelah selesai solat Zuhur,pengisian mengenai Aqsa Syarif diberikan kepada pelajar oleh saudara Ikhwan.Pengsian ini banyak memberi inspirasi baru bagi pelajar-pelajar tentang tujuan utama mereka memilih bidang perubatan sebagai kerjaya masa hadapan.
Pengenalan Aqsa Syarif oleh saudara Ikhwan |
Setelah selesai solat Asar, 'indoor game' dijalankan untuk merapatkan ukhuwah sesama pelajar yang masih baru di bumi Mesir.
Pada sebelah malam pula, para pelajar diberi pengenalan awal mengenai Jom Mumtaz dan taklimat akademik oleh saudara Izzuddin Azharuddin.Aktiviti pada hari pertama berakhir pada pkul 9.30 malam.
Kemudian semua pelajar dibenarkan untuk berehat.
Taklimat akademik |
Makan malam |
Disediakan oleh,
Pengarah Ahlan Misr 2012
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.