Sunday, October 7, 2012

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah ke hadrat illahi kerana pada 3 Oktober 2012 yang lalu kumpulan terakhir penerbangan pelajar tahun 1 Medic Mesir Tanta telah selamat tiba ke bumi Tanta.

Ketibaan pelajar-pelajar seramai 44 orang itu di sambut oleh ahli jawatan kuasa yang bertugas pada pukul 5.30 pagi di Cairo International Airport.Setelah selesai solat Subuh, para pelajar dikumpulkan untuk diberi taklimat ringkas oleh saudara Azizul Hakim dan saudara Erham mengenai tentatif para pelajar pada hari itu.


Pada pukul 8.15 pagi  pelajar-pelajar dibawa melawat di sekitar Masjid Azhar serta menikmati sarapan pagi di sana.Selepas itu rombongan tersebut bertolak pulang ke Tanta dan selamat tiba di Tanta pada pukul 12.30 tengah hari.

Setelah selesai sesi pendaftaran, semua pelajar diberi makan tengah hari dan diberi taklimat ringkas tentang keadaan di Mesir oleh saudara Erham.Setelah diagihkan mengikut rumah masing-masing semua pelajar dibenarkan untuk berehat sementara menunggu program Ahlan Misr 2012 yang akan berlansung keesokkannya.

Disediakan oleh,
Pengarah Ahlan Misr 2012



0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.