Bismillahirrahmanirrahim.
Pada hari yang berikutnya, hari yang kami semua telah nanti-nantikan, iaitu Hari Raya Aidil Adha. Dengan laungan sayu takbir yang dilaungkan oleh ikhwah-ikhwah berkaliber Medic Mesir sendiri, sudah cukup membuat hati-hati para pelajar tahun satu sebak mengenangkan raya aidil adha tahun ini adalah tahun pertama beraya di perantauan.
Pada pukul 6 pagi waktu Mesir, para pelajar menyahut laungan takbir serta mengorak langkah bersama-sama menuju ke Istad, di mana Solat Hari Raya Aidil Adha ditunaikan.
Yang menariknya, warga Mesir menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan meriah sekali. Orang ramai berpusu-pusu menuju ke Istad untuk memeriahkan hari penuh rahmat ini.
Pada jam 12.30 tengah hari, kami telah mengadakan Jamuan Raya. Bagi akhawat, pertandingan video telah berlangsung. Tanpa disangka, pertandingan video telah mendapat sambutan daripada para pelajar. Pemenang pertandingan video tersebut dipilih sendiri oleh para penonton serta para juri professional. Bagi ikhwah pula, pertandingan kuiz telah berlangsung. Tanpa disangka juga, para peserta juga aktif dan semangat untuk menjawab soalan-soalan kuiz.Hadiah juga diberikan kepada para peserta yang berjaya menjawab kuiz.
Pada sebelah malam pula, telah berlangsung pertandingan video bagi ikhwah dan kuiz bagi akhawat.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.