Friday, November 2, 2012

Bismillahirahmanirahim...




TANTA (Sabtu 27.10.12)-Hari yang ketiga dan yang terakhir untuk program SOUL'12 merupakan hari kemuncak untuk program ini.Ini adalah kerana Ibadah Qurban atau Sembelihan diadakan dan juga Majlis Resepsi Samhan & Shida.

Program dimulakan pada pukul 6.30pg dan upacara sembelihan dimulakan pada pukul 7.00pg.Seekor unta berjaya diqurbankan dan sembelihan dilakukan oleh Penasihat Program iaitu Muhammad Hazwan bin Muhamidi.Tiga ekor kambing juga berjaya diqurbankan dan setiap ekor kambing disembelih oleh orang yang berbeza.Kambing yang pertama disembelih Pengerusi MM,Ahmad Samhan bin Awang manakala yang kedua ialah,Pengarah Program SOUL'12 iaitu,Taqiyuddin bin Nik Mazlan,dan kambing yang terakhir disembelih oleh Shahrul Naim bin Mat Ludin.











     Setelah Unta dan Kambing berjaya diqurbankan,maka bermulalah sesi melapah,memotong dan seterusnya memasak.Daging-daging itu juga diagihkan kepada pelajar-pelajar MM Tanta.









...........................................................................................


      Di sebelah malam pula,Majlis Resepsi Samhan & Shida melabuhkan tirai bersama-sama dengan majlis penutup program SOUL'12.Majlis dimulakan dengan ketibaan Dua Mempelai di AC2 yang disambut baik oleh Pelajar MM Tanta diiringi dengan VIP Program iaitu,PakNgah dan MakNgah MedicMesir dan juga Ustaz Ghonim.Mereka juga disambut dengan paluan kompang dan persembahan Silat Tempur.Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program,Taqiyuddin bin Nik Mazlan dan Para VIP.


  

  

                             

  

   



   

Setelah selesai ucapan,penyampaian hadiah diadakan kepada para pemenang pertandingan Video bertemakan "Qurban dan Ukhwah" yang dianjurkan oleh Team Media SOUL'12 yang diketuai oleh Umair bin Mahamod dan juga penolongnya Azdura Nisa binti Zulkamal Manday.Tempat pertama dimenangi oleh Video daripada Akhwat Tahun 2 yang dinamakan sebagai Sutun production manakala tempat kedua dipegangkan oleh video daripada Ikhwah Tahun 2 yang bertajuk "Pengorbanan Ikhwah".Tempat ketiga mempunyai dua pemenang dan kedua-duanya dimenangi oleh Video daripada Akhwat Tahun 1.Tempat pertama mendapat sebuah Vacuum yang berkualiti tinggi manakala tempat kedua dan ketiga mendapat hamper.Juri profesional pertandingan Video ini ialah bekas Ketua Media MMTanta ,Erham bin Junoh dan penolongnya,Dila Idrus.Mereka juga menerangkan kepada penonton faktor-faktor mereka dipilih untuk menjadi pemenang.



                           


        Majlis diteruskan lagi dengan persembahan video 'S & S' ,perkongsian pengalaman cinta daripada Pengantin,Upacara memotong kek dan juga persembahan Nasyid oleh Team Nasyid MMTanta,Synsytyum dan nyanyian Sahabat karib Pengantin iaitu,Azizul Hakim Mahdi bersama Izzuddin Azzaharudin.Selepas itu,Video Program SOUL'12 ditayangkan dan majlis diakhiri dengan Jamuan Makan Malam dan sesi fotografi bersama Pengantin.



    


  







Sekian Terima Kasih,Akhir kata,"SOUL HAYBAT".Semoga bertemu lagi tahun depan.


By : 
UmairiamU
Ketua Media SOUL'12
                              

   

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.