Thursday, December 20, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.


Pada 20 Disember 2012, MedicMesir Tanta telah menjemput tetamu kehormat iaitu Puan Maimunah. Beliau telah memberikan beberapa nasihat penting buat anak-anak MedicMesir khususnya kepada  pelajar tahun 1 & 2 perubatan dan pelajar pergigian Predental & tahun 1 yang baru sahaja terdedah dengan kehidupan sibuk sebagai seorang pelajar perubatan mahupun pelajar pergigian. Beliau banyak berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang guru dan menyedarkan kami tentang betapa tingginya harapan mereka diluar sana kepada bakal-bakal doctor. Satu ayat beliau yang paling terkesan adalah “tanpa seorang guru tidak akan lahir seorang doctor yang Berjaya” . Jasa guru dan pensyarah tidak ternilai. Tanpa mereka tidak lahir seorang doctor.

Sesi “Heart to heart” by seniors.

     Sejurus selepas itu, telah diadakan sesi hati ke hati yang melibatkan pelajar-pelajar tahun 1 & 2 perubatan dan pelajar pergigian Predental & tahun 1. Sesi ini telah dijayakan dengan kehadiran tiga orang senior iaitu saudara Azizul Hakim Mahdi atau dikenali sebagai Abang Hakim (Tahun 4 Perubatan), saudara Ahmad Samhan Bin Awang yakni dikenali sebagai Abang Mat (Tahun 4 Perubatan) dan akhir sekali adalah saudari Siti Hawa Binti Sazali tau lebih mesra dipanggil Kak Hawa ( Tahun 3 Perubatan). Sesi ini dimulakan dengan perkongsian pengalaman dan sedikit nasihat daripada Abang Hakim. Beliau banyak mengulas mengenai pengorbanan Ibu Bapa kita demi cita-cita anaknya. Beliau juga membawa satu pengisian baru dimana beliau lebih menekankan kepada situasi pelajar- pelajar medic di Mesir ini sebagai “Orang Yang Terasing ’’. Apa yang kita faham mengenai penyataan itu? Kita sebagai orang yang asing jauh dari keluarga di Negara yang asing bagi kita dan peluang menjadi yang terasing itu perlu dimanfaatkan untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kecemerlangan dalam diri. Begitulah sedikit pengisian daripada Abang Hakim untuk sesi hati ke hati.

      Sesi diteruskan lagi dengan sentuhan hati dan nasihat buat junior daripada Kak Hawa. Beliau lebih menyentuh hati pelajar-pelajar dengan membawa pelajar mengimbau detik pelajar di KLIA terus kepada hari itu. Pelajar dibawa mengimbau  samaada sudah cukup usaha dan tercapai tidak harapan yang di galas oleh pelajar. Beliau telah Berjaya membawa pelajar-pelajar mengenang sejauh mana usaha dan pengorbanan pelajar terhadap apa yang dihajatinya. Beliau juga telah memberi semangat baru pada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tidak berapa lama lagi. Begitulah sedikit pengisian daripada Kak Hawa untuk sesi hati ke hati.

Sebelum menutup sesi hati  ke hati, Abang Mat telah berkongsi pengalaman hidup beliau dengan pelajar-pelajar. Beliau berkongsi pengalaman beliau pada satu ketika dahulu pernah rebah dalam dunia medic dan mampu bangkit semula hingga ke hari ini. Tiada yang mustahil untuk mencapai apa yang kita hajati dengan syarat ada usaha dan tekad juga kebegantungan yang kuat kepada Allah.

Sesi hati ke hati ini meninggalkan impak yang besar kepada pelajar-pelajar yang hadir. Moga program sebegini mampu diteruskan lagi untuk masa yang akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.