Wednesday, January 2, 2013




TANTA (Sabtu 22.12.2012) - Alhamdulillah, telah berlangsung satu program perkongsian bertajuk Dalam Dakapan Palestina bertempat di Academic Center (AC) 2, Imarah Medic Mesir Tanta. Perkongsian ini telah diberi oleh seorang penulis buku tarbawi yang terkenal dari Indonesia iaitu Saudara Salim A Fillah bersama sahabatnya seorang pendongeng hikayat terkenal di Indonesia, Saudara Bambang Bimo Suryono atau dikenali sebagai Kak Bimo.

Program yang bermula sekitar jam 12.30 tengah hari itu dimulai dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis dan diikuti oleh ucapan daripada Pengerusi Medic Mesir 2012/2013, Saudara Hazwan. Seterusnya, Pengerusi Kelab IKRAM Tanta, Saudara Ahmad Sahman mengambil giliran untuk berucap diikuti oleh wakil Aqsa Syarif Tanta, Saudara Hadi.

Acara yang paling ditunngu oleh semua menyusul selepas itu. Saudara Salim A Fillah memulakan perkongsiaanya dengan menyatakan tujuannya ke Palestin serta kronologi pejalanan kumpulannya dari Indonesia bermula dari 10 Disember hingga beliau pulang semula ke Mesir pada 21 Disember.

Seterusnya, beliau menyingkap sebuah ayat dalam alQuran iaitu ayat 251 dari surah al Baqarah yang menerangkan bahawa kita tidak sepatutnya mencintai perang kerana andai kita mencintai perang, maka rosak binasalah bumi ini. Beliau juga menerangkan bahawa Israel bukan sahaja mahukan bumi Palestin itu malahan keseluruhan bumi Syam dan baitullah sendiri.

Beliau juga menerangkan tentang sebuah hadis nabi yang mana diriwayatkan akan sentiasa terdapat dalam kelompok umat Rasulullah yang akan sentiasa berjuang demi kebenaran dan musuh-musuh mereka langsung tidak dapat memberi mudarat terhadap mereka dan mereka tetap dalam keadaan begitu.

Setelah itu, Kak Bimo pula menyampaikan sebuah cerita mengenai keadaan tiga orang budak di padang mahsyar. Kak Bimo merupakan seorang pendongeng hikayat kepada kanak-kanak di Indonesia. Beliau mempunyai kemahiran untuk meniru lebih kurang 200 suara seperti suara haiwan, suara kartun, suara alam dan sebagainya.




Selesai sessi bercerita, terdapat sessi quiz dan penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz dan penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan.





Majlis diakhiri dengan sessi fotografi bersama tetamu jemputan.


Harapan dari pihak urusetia program agar semua dapat mengambil iktibar daripada perkongsian ini. Semoga kita tidak melupakan tanggungjawab kita untuk membantu saudara muslim kita yang ditindas di mana sahaja. Wallahua'lam.






0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.