Thursday, February 19, 2015

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tanta, 23 januari lalu, Unit akademik telah mengelolakan satu majlis santai iaitu Rooftop Rant yang bertempat di rooftop Imarah Medic Mesir. Program ini bertemakan Frozen memandangkan mesir berada didalam  musim sejuk sekarang ini. Objektif program diadakan, bagi mengeratkan lagi ukhuwwah sesama pelajar setelah hampir sebulan  menumpukan peperiksaan masing-masing. Selain itu, program ini diadakan secara santai untuk meraikan para pelajar setelah Berusaha bertungkus-lumus didalam ujian semester pertama bagi sesi 2014/2015 ini.

Di dalam slot pengisian, telah  didatangkan khas wakil pelajar lepasan tahun 6 Universiti al-Azhar, Dr Tasnim untuk berkongsi sedikit sebanyak cara-cara membahagikan masa musim cuti dengan melakukan perkara-perkara berfaedah. Beliau juga turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang 6 tahun dibumi Mesir. Hadirin juga disajikan dengan hidangan bbq yang diusahakan sendiri oleh pelajar-pelajar.

Exco Akademik Medic Mesir Tanta mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis ini, Moga hadaf kami untuk merapatkan ukhuwwah sesame para pelajar tercapai.  Di harapkan semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan ini. 











Tonton Video Rasmi Rooftop Rant di


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.