Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Sempena tamat nya musim peperiksaan pertengahan tahun khusus
kepada pelajar pergigian, dan pelajar pre-klinikal perubatan, unit Akademik MedicMesir Tanta telah mengadakan satu jamuan makan
sambil mendengar perkongsian yang disampaikan oleh Senior tahun akhir yang akan
bergraduasi pada 16 Februari ini,iaitu
Norsyazwani bt Abu Kasim dan Muhammad Hazwan Muhamidi.
Majlis ini tidak lain tidak bukan, adalah untuk meraikan para pelajar setelah bertungkus lumus
mentelaah pelajaran bagi mencapai kejayaan yang sebaiknya dalam peperiksaan.
Majlis ini dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan seterusnya
diikuti perkongsian daripada senior.
Perkongsian ini berbentuk forum yang diketuai oleh Taqiuddin.
Majlis ini turut disertai dengan perasmian Program CLIPs oleh Exco Media MedicMesir Tanta.
Majlis ini diakhiri dengan majlis BBQ.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.